KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA MERANGKAP PRESIDEN PERSATUAN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH MALAYSIA (ACeIO)

Ditulis pada .

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat Pengarah Pemantauan dan Penyelarasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merangkap Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO), KPKPj Ahmad Sabri Mohamed di pejabat beliau di Wisma Darul Iman, semalam (1 Disember 2021).

Turut serta, Ketua Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu merangkap Pengerusi Perhubungan ACeIO Negeri Terengganu, Tuan Mohd Juhari Ab Kadir.

Kunjungan berkenaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak selain membincangkan kolaborasi bagi menjayakan agenda pembudayaan dan pengukuhan integriti Keluarga Malaysia khususnya rakyat di Negeri Terengganu serta menzahirkan rasa bangga serta tahniah daripada keluarga ACeIO kepada YBM Tengku atas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu. - Teks oleh AIDA ABD RAHMAN / Foto oleh ZULKIPLI PUTRA.