KUNJUNGAN HORMAT SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Sahibus Samahah Mufti Negeri Terengganu, YBrs. Prof. Madya Dato' Dr Haji Mohamad Sabri Haron mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, semalam (1 Disember 2021).

Kunjungan itu turut disertai Timbalan Mufti Negeri Terengganu, Tuan Haji Ahadi Othman.

Pertemuan itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan jalinan kerjasama kedua-dua pihak dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syarak dan pendidikan fatwa di Negeri Terengganu. – Teks oleh AIDA ABD RAHMAN / Foto oleh ZULKIPLI PUTRA.