KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BANK ISLAM

Ditulis pada .

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Encik Mohd Muazzam Mohamed, di pejabat beliau di Wisma Darul Iman, semalam (21 November 2021).

Turut sama dalam pertemuan itu, Pengurus Kawasan Timur Bank Islam, Puan Rosmawati Mohamed Zin, Pengurus Deposit Negeri Terengganu, Cik Syarifah Fazlinda Embong dan Pengurus Pengguna Negeri Terengganu, Encik Nik Muhammad Nasuha Nik Razin.

Kunjungan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan membincangkan mengenai kerjasama strategik di samping berkongsi maklumat mengenai pakej kewangan Bank Islam yang akan memberi manfaat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu serta lain-lain pihak yang berkepentingan.

-Teks oleh AIDA ABD RAHMAN/ Gambar oleh MUHAMMAD AMEER FARHAN RUSLI.