KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

Ditulis pada .

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs Tuan Rohaizad bin Rashid pada hari ini (21 November 2021).

Turut sama dalam pertemuan tersebut di pejabat beliau tingkat 15 Wisma Darul Iman, Pengurus Unit Khidmat Korporat, Cik Nordiana binti Nordin.

Kunjungan ke atas YBM Tengku bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara LADA dengan Kerajaan Negeri Terengganu, selain memfokuskan kepada usaha memperkasakan ekonomi serta pelancongan negeri masing-masing.