KUNJUNG HORMAT SEKRETARIAT HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC) KE WISMA DARUL IMAN.

Ditulis pada .

Sekretariat Halal Development Corporation Berhad (HDC) melakukan kunjung hormat kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ini (6 April 2021).

Kunjungan HDC diketuai oleh pengerusinya, YBhg. Dato' Mahmud Dato' Dr Abbas disertai tiga pegawai yang lain.

Tujuan kunjung hormat adalah untuk membentangkan peranan HDC dalam memperkasakan ekonomi halal dan meningkatkan kesedaran pemain industri tempatan khasnya ke dalam ekonomi halal, meningkatkan ekonomi halal Malaysia dan pelaburan serta menyediakan solusi untuk kecemerlangan perniagaan dan ruang pasaran halal.

Dalam usaha untuk memperkasakan industri halal tempatan, HDC akan menganjurkan ‘Jalajah Halal Malaysia (JHM)’ yang merupakan salah satu platform dan pendekatan HDC untuk meningkatakan jumlah dan memperkasakan keupayaan usahawan kecil dan sederhana dalam indusrti halal tempatan.

Empat buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Sabah dan Terengganu dipilih untuk program JHM pada tahun ini.

– Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.