MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM CSR EXXONMOBIL DI WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) terus menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya dengan menyerahkan sumbangan kepada beberapa agensi di bawah sektor pendidikan dan kesihatan di negeri Terengganu.

Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Program CSR Exxonmobil berlangsung di Bilik Rehat Khas, Foyer Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini, (6 April 2021).

ExxonMobil yang diwakili Pengurus Besar Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Encik Sukiman Mohamed, telah menyerahkan ‘mock check’ kepada kerajaan negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar sebelum disampaikan kepada para penerima.

– Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.