KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, Encik Hairizam Albukhari mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, pagi ini, 22 Februari 2021

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Encik Burhanudin Abdullah dan Encik Wan Muhammad Fakhrul Syafiq Khalid (Penolong Pengarah).

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam itu, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan perairan negeri Terengganu.

Kesempatan itu juga Jabatan Laut turut menerangkan garis panduan aktiviti pantai dan Taman Laut serta memperkukuhkan perkongsian maklumat dan penguatkuasaan secara bersama. – Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.