KUNJUNGAN HORMAT KETUA WILAYAH, WILAYAH KELANTAN / TERENGGANU KE WISMA DARUL IMAN.

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 21 JANUARI - Bank Rakyat memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM30,000 bagi meringankan beban mangsa terjejas akibat banjir di beberapa daerah di Terengganu.

Ketua Wilayah, Wilayah Kelantan / Terengganu, Mohamed Al Namiri Che Man, berkata bantuan itu memberi manfaat kepada individu dan penduduk di sekitar kawasan yang terjejas di seluruh daerah negeri Terengganu.

 

"Buat masa ini bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM30,000 yang akan diagihkan menerusi Kerajaan Negeri Terengganu untuk barangan keperluan harian khususnya di sekitar kawasan terjejas," katanya ketika menyampaikan replika cek di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di tingkat 15, Wisma Darul Iman, pagi ini.

Bantuan itu disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Mohd Zahari Md Azahar.

Inisiatif ini adalah salah satu usaha Bank Rakyat sebagai bank prihatin dalam menjaga hal kebajikan masyarakat di samping memenuhi keperluan dan keselesaan mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan barangan keperluan asas.

Hadir sama ialah Azlan Mohammad (Pengurus Cawangan Kuala Terengganu) dan Nor Ashikin Omar ( Pengurus Cawangan Gong Badak, Kuala Nerus). 

Teks dan gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.