KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Pada 11 Januari 2021, jam 8.30 pagi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Dasar dan Pembangunan), YBhg Datuk Badrul Hisham Mohd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, YB Dato’ Mohd Zahari Md. Azahar.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Datuk KSU dan YB Dato’ SUK telah diadakan di Bilik Mesyuarat JK 1, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu berkaitan projek-projek serta Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 (HNDP 2030).

Sebelum menyerahkan dokumen HNDP 2030, majlis ringkas tayangan video pendek turut diadakan sebelum diserahkan kepada Dato’ SUK.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Mohd Harizam Ibau Nui, Ketua Penolong Setiausaha, Anwar Ibrahim Tholpakar dan Penolong Setiausaha, Ir. Hafizan Mohd Salleh.

Bagi pihak SUK pula, turut hadir Timbalan Pengarah (Pembangunan Fizikal) UPEN, Encik Wan Muhd Masyhum Wan Harujan; Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, Encik Ahmad Ridzwan Abd Rahman; Ketua Penolong Pengarah (KPP sektoral), Encik Mohd Saiful Anuar Mohd Noor; KPP (Makro), Encik Abd Hadi Mamat dan Penolong Kanan Pegawai Kewangan Negeri (perolehan aset), Encik Muhammad Faizan Che Othman. -– Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.