KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 6  Januari  - Kunjungan hormat oleh Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu sempena perlantikan  En. Roslan Rani sebagai pengarah baharu yang mulai bertugas  pada 3 Januari 2021, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut dimulakan dengan sesi suai kenal dan perbincangan ringkas di antara SUK dengan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu di Bilik Tamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman.

Turut hadir Timbalan Pengarah, Encik Abu Bakar Jusoh dan Penolong Pengarah Kanan (Operasi) Encik Md Zaidey Abdul Kadir.

Perjumpaan tersebut berlangsung selama satu jam dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak. – Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.