MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) AKTIVITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) BIG DATA ANTARA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DENGAN KOLEJ UNIVERSITI TATI

Ditulis pada .

 

Satu majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Aktiviti Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Big Data antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kolej Universiti TATI berlangsung di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini (14 Oktober 2020).

MoU sebagai langkah mewujudkan kerjasama bersama TATiUC dan meneroka peluang untuk membangunkan, menyokong dan memperkaya pembangunan bidang 'Big Data Analytics' yang akan memberi manfaat kedua-dua pihak.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Zahari Md Azahar dan Rektor TATiUC, Prof Dr Anuar Ahmad serta disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, YB Ariffin Deraman.

Teks oleh AIDA ABD RAHMAN
Foto oleh UPDI