KUNJUNGAN HORMAT AHLI JAWATANKUASA INDUK RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) TERENGGANU

Ditulis pada .

Ahli Jawatankuasa Induk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu membuat kunjungan hormat kepada SUK Terengganu, YB Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Pertemuan julung kali AKRAB SUK Terengganu yang diketuai Pengerusinya, Haji Zuwislan Awang dan Timbalan Pengerusi , Puan Hajah Najihah Embong bagi memperkenalkan AJK AKRAB dan menjelaskan peranan AKRAB di Terengganu.

Turut serta, Ketua Biro Promosi, Penerbitan dan Publisiti, Hajah Maldiana Abd Patah; Ketua Biro Latihan dan Kompetensi,Encik Kamal Mansor; Ketua Biro Program dan Aktiviti, Encik Mohd Adzhar Mohd Zahari; Ketua Biro Korporat, YM Sharifah khairuzita Tuan Kechil; Ketua Biro Sosial dan Kebajikan, Puan Normah Nik dan Bendahari AKRAB Encik Abdul Razak Abd Rahman.

Dalam kunjungan hampir sejam itu juga, AKRAB turut memaklumkan program-program yang akan dilaksanakan persatuan itu untuk penjawat awam serta masyarakat sekitar selain kedua-dua pihak saling berkongsi pandangan untuk kecemerlangan dan manfaat penjawat awam negeri.

Teks: Aida Abd Rahman
Foto: IMFend / Saiful