KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YBRS TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (TKSU) KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Ditulis pada .

 
 

KUALA TERENGGANU, 10 SEPTEMBER - Rombongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di pejabat beliau di Wisma Darul Iman, hari ini.

 

Kunjungan itu diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNHEP, Tuan Mohamed Zahari Razali. Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu ,Tuan Saharuddin Mohd Kia, Ketua Pegawai Penguatkuasa, Tuan Nor Azmi Lamisza dan Pegawai Penguatkuasa, Tuan Ridzuan Saiful Mohamad.

 

 
 

Turut serta, Pegawai Penguatkuasa merangkap Pegawai Komunikasi Korporat, Puan Nur Amirah Mokhtar dan Penolong Pegawai Tadbir, Encik Azeri Hamzah.

 

 

 

Pertemuan julung kali itu sebagai memperkenalkan TKSU yang baharu serta bertukar pandangan serta meningkatkan kerjasama strategik sedia ada antara kementerian ini dengan Kerajaan Negeri Terengganu. 

Teks: Aida Abd Rahman

Foto : IMFend