KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDER PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

Ditulis pada .

Kuala Terengganu 19 Julai 2020 - Bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md. Azahar

telah menerima kunjung hormat daripada Kolonel Wan Azwan Azwari Wan Ali, Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, pagi ini.

Kunjungan hormat diadakan bagi memperkenalkan Kolonel Wan Azwan Azwari yang mula bertugas 6 Mei 2020, selain membincangkan mengenai kawalan keselamatan.

Hadir sama dalam sesi kunjung hormat ialah Lt Kolonel Wan Zainal Abidin Wan Yaacob, Pegawai Laksana Pangkalan Udara Gong Kedak.

Majlis berakhir kira-kira sejam kemudian dengan sesi penyerahan cenderahati. – Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.