Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Terengganu.

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Terengganu, Encik Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Bilik Tamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Pertemuan selama setengah jam itu turut membincangkan perkembangan operasi Kemas di Terengganu, selain bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama kedua-dua pihak dan mengupas beberapa isu terkini. Kedua-dua pihak turut bertukar cenderahati kenang-kenangan dalam pertemuan julung kali berkenaan. 
 
 
- Teks oleh AIDA ABD RAHMAN.
- Foto oleh TG SYAMIM TG ISMAIL ( UPDI).