Kunjungan Hormat Daripada Pengurus Besar Pantai Timur Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas)

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU,22 Jun - Pengurus Besar Pantai Timur Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Encik Che Ahmad Tarmizi Abd. Rahman mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Bilik Tamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
 
 
Hadir sama dalam kunjungan hormat itu adalah Wan Mohd Rashidi Wan Suhaimi (Pengurus Bahagian Perhubungan) dan Mohd Atiq Ikhwan Azizul Manal.
 
Pertemuan selama setengah jam itu membincangkan mengenai beberapa siri program bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan mengupas beberapa isu terkini. – Teks dan gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.