Kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Ketua Polis Negeri Terengganu, Deputi Komisioner Polis Dato’ Aidi Ismail mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman.
 
Pertemuan setengah jam yang bermula kira-kira jam 12.40 tengahari itu sebagai kunjungan terakhir beliau sebagai ketua polis negeri berikutan bakal bertukar ke Sarawak sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bermula 18 Februari ini.
 
Turut serta dalam kunjungan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, Senior Asisten Komisioner Dato’Allauddien Abd Majid dan Inspektor Muhd Ganai Bunyau.
 
Dato’Mohd Zahari mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan dan jasa sepanjang berkhidmat di negeri ini bagi memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa di tahap terbaik, selain berharap beliau akan terus merekodkan kecemerlangan di tempat baharu pula.
 
Datuk Aidi, 60, yang berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Rosli Ab Rahman bermula 23 April 2017.