Kunjungan hormat daripada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) di Wisma Darul Iman.

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, menyambut kunjungan hormat daripada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr. Nor Azimi Yunos di Bilik Tetamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman.
 
Turut hadir Dr. Husnina Ibrahim, Ketua Unit Primer, JKNT.
 
 
Kunjungan hormat antara lain membincangkan wabak coronavirus 2019-nCoV di negeri ini. Alhamdulillah, setakat ini tiada laporan membabitkan jangkitan itu di Terengganu.
 
Selain itu, kunjung hormat turut memperkenalkan pengarah baru JKNT yang memulakan tugas tiga bulan lalu.
 
 
Beberapa pandangan juga telah dibincangkan khasnya mengenai isu-isu melibatkan kesihatan.