Kunjungan hormat daripada Pengarah Penjara Negeri Terengganu di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU,7 Januari - SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu (SUK), Dato’ Mohd Zahari Md. Azahar telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi Hamzah, di pejabatnya di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.
 
Kunjungan bertujuan membincangkan mengenai halatuju dan memantapkan lagi kerjasama antara SUK dan pihak Penjara Negeri Terengganu yang telah terjalin sekian lama.
 
Perbincangan juga berkisar tentang pemantapan program-program yang telah dan akan dilaksanakan kepada pegawai-pegawai penjara selaras dengan hasrat menjadikan kakitangan kerajaan terutamanya pegawai penjara sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi melaksanakan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.
 
Turut hadir pada kunjungan itu ialah Timbalan Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PP Sazali Sharif; Pengarah Penjara Marang, PKK Wan Sani Ab. Latiff; PKP Abd Jalil Abd Majid, Pengarah Pusat Koveksional Dungun, IP Dzubir Mohamad dan KIP Ashraf Abdullah.