Majlis penyerahan Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman (TPWDI).

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU,6 Januari - Majlis penyerahan Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman (TPWDI) disempurnakan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ir Yusof Abd Ghani kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Tingkat 1, Wisma Darul Iman.
 
 
Sejurus selepas itu, Dato’ Mohd Zahari menandatangani plak peletakan nama Taska Permata Wisma Darul Iman (TPWDI).
Taska di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu melibatkan kos RM300,000.
 
Dengan adanya TPWDI secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan tanpa terkejar-kejar sekali gus merasa tenang untuk bekerja.
 
 
Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka
bekerja.