KUNJUNG HORMAT DARI PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DI WISMA DARUL IMAN
KUALA TERENGGANU,17 November - Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar telah menerima kunjungan hormat dari Puan Sabariah Saudi, Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.
Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut, Puan Azreena Mohd Norawi (Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan Kanan) dan Encik Azri Ajid (Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan Kanan).
Kunjung hormat selama setengah jam itu membincangkan fungsi utama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan terutama dalam menyediakan dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan, memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan dari aspek fizikal, dokumen, personal dan keselamatan ICT serta menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN).
.KUNJUNG HORMAT DARI PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DI WISMA DARUL.jpg)
KUNJUNG HORMAT DARI PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DI WISMA DARUL.jpg)