KUNJUNG HORMAT DARI PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

 

 

KUALA TERENGGANU,21 OKTOBER - Bertempat di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu telah menerima kunjung hormat daripada Encik Badrul Shah Mohd Idris, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, pagi ini.
 
Kunjungan hormat diadakan membincangkan mengenai hubungan antara SUK dan MKN yang lama terjalin. Beberapa pandangan turut dibincangkan melibatkan keselamatan kawasan daerah seluruh Terengganu.Turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Haji Ahmad Redza Arshad.