ANUGERAH PEKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN WAKAF BUKU

Ditulis pada .

 

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi Unit Korporat melancarkan Kempen Membaca dan Wakaf Buku Peringkat Negeri Terengganu 2019, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar dalam Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman.

Dato’ Mohd Zahari berkata, kempen itu bertujuan untuk memupuk budaya membaca khususnya di kalangan penjawat awam di seluruh Terengganu, sekali gus menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai satu medium wakaf untuk manfaat pelbagai lapisan pembaca.

Bagi menjayakannya, satu sudut membaca dan rak khas wakaf buku diwujudkan di lobi Wisma Darul Iman.

Gambar : Tengku Syamin (UPDI)