• VISIT BEAUTIFUL TERENGGANU 2017

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA DARUL IMAN

PERHATIAN!! KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PEKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA DARUL IMAN BAGI TAHUN 2019-2021

1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah KOD BIDANG 040103 (Makanan bermasak Islam) dibenarkan membuat tawaran Perolehan Perkhidmatan sebagaimana berikut:-

BIL : SH (KP) 17/2019 PERKHIDMATAN KAFETERIA DI WISMA DARUL IMAN BAGI TAHUN 2019-2021 2.

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri sesi taklimat pada 15 September 2019 (Ahad) jam 2.30 petang. Taklimat hanya akan dilakukan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul untuk pendaftaran pada jam 2.15 petang di Kafeteria Baharu, Tingkat Bawah Ruang Legar Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya penama di dalam Sijil Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat ini dan sila bawa bersama Sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia.

3. Dokumen sebut harga akan dijual mulai pada 15 September 2019 (Ahad) kepada kontraktor yang berkelayakan dan menghadiri taklimat dengan bayaran RM 20.00 (Ringgit : Dua Puluh Sahaja) dalam bentuk Wang Kiriman Pos, Draf Bank atau Wang Tunai (tidak dikembalikan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan, (Bahagian Khidmat Pengurusan), Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada hari dan waktu sebagaimana berikut:-

Ahad hingga Rabu - 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang

Khamis - 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

4. Borang tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan dalam sampul yang berlakri dan ditulis tajuk sebut harga pada sebelah kiri sampul tersebut dan dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu sebelum atau pada 22 September 2019 (Ahad) tidak lewat dari jam 12.00 tengahari. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 09-6276505.

5. Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.